WAKTU PALING INDAHKU..

diet yang seimbanG..  

Posted by kazars

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan.. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
* CARA MAKAN
* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI
SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH
HARI.
* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .
BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM
DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL
DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah...............
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita..
o Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan antara lain:
o Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
o Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
o Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
o Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...
Sama-samalah kita mengamalkannya.......WallahuA'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya...
p/s so pd sape2 yg rase nk diet 2 try la ek... mudah2an dpt jauhkn segala penyakit.. selamat mencuba..;-)

Balas Budi Melalui Doa  

Posted by kazars


Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.
Semoga sahabat fitrah yang dikasihi berada dalam keadaan sihat walafiat.

solat adalah salah satu wadah untuk berdoa

Rasulullah s.a.w yang bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. Kalau kamu tidak berdaya
membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah
berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi
mengasihi orang yang bersyukur.” (Riwayat Tabrani)

Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak terlepas daripada tuntutan untuk berbudi
dan menerima budi dari orang lain. Di mana sahaja lokasi dan situasi, sama ada di rumah, pejabat
atau ketika susah atau senang, kita sebenarnya bergantung antara satu sama lain dan sama ada
kita sudi atau tidak kita harus belajar menabur budi dan juga menghargai jasa dan budi yang
diberikan oleh orang lain kepada kita.

Konsep berbudi terlalu luas untuk diberikan takrifan. Skop berbudi kepada orang lain tidak hanya
terikat kepada wang ringgit dan harta benda semata. Bahkan memberi sokongan, tunjuk ajar,
pengajaran, sokongan dan amalan baik juga dikira sebagai budi.

Satu perbezaan yang jelas antara insan yang menabur budi dan insan yang menerima budi ialah rasa
hormat, menghargai dan paling wujud rasa kesetiaan dan ingin membalas budi walaupun pada
kemampuannya tidak mungkin dapat membalas kebaikan yang diterimanya.

Membalas budi sebenarnya tidak terhad untuk memberikan kebaikan yang sama atau setaraf. Contohnya
satu masa kita pernah menerima bantuan kewangan ketika dalam kesusahan, tidak semestinya kita
perlu membalas budi kepada mereka yang pernah memberikan kebaikan tersebut dengan bantuan
kewangan juga. Seandainya tidak kemampuan dari segi itu, memadailah juga jika membalas kebaikan
yang diterima dengan mendoakan kebaikan untuk si budiman tersebut. Demikianlah kata-kata indah
pepatah melayu, “orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.

1 zulhijjah.......  

Posted by kazars


Ingin dikongsi maklumat yang baru diperolehi ini dengan semua sahabat. Moga ada kebaikan dan manafaat. Mungkin ada yang dah lama tahu, cuma gua sorang jer rupenye yang jahil.
Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi Tetamu Allah, tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan masa-masa yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang.
Sesungguhnya pada kejadian Allah terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan olehNya. Di antaranya ialah Ka’abah, Hajar Aswad, Zam-zam, bulan Ramadhan, hari Jumaat, SEPULUH TERAWAL ZULHIJJAH, Makkah, Madinah, Baitul Maqdis, Para Nabi, Rasul dan sebagainya. Kesemua perkara tersebut merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firmanNya yang bermaksud;
“Demikianlah ( ajaran Allah ) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka ( dialah orang yang bertaqwa ) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang Mukmin“
Dalam bulan Zulhijjah terdapat masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, ‘Idul Adha dan Hari Tasyriq.
Sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan Fajar ‘Idul Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah. Allah tidak bersumpah dengan sesuatu kerana melainkan kerana KEMULIAAN dan KEPENTINGAN perkara tersebut, sebagaimana firmanNya yang bermaksud;
“Demi waktu fajar ‘Idul Adha dan malam sepuluh Zulhijjah ( yang mempunyai kelebihan di sisi Allah ).“
Allah telah menganugerahkan pada sepuluh malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain. Banyak hadith yang menerangkan mengenai kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan. Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
“ Tidak ada hari-hari, yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat R.A. bertanya. “ Wahai Rasulullah S.A.W., dan tidak juga berjihad fi sabilillah ( lebih afdhal daripada beramal pada hari-hari ini? ) “ Rasulullah S.A.W bersabda, “ Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid.”
Ulama’ mendalilkan hadith ini bagi menunjukkkan kepada galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh. Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar R.A. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;
“ Berpuasa sehari dalam bulan ini ( hari yang sembilan ) menyamai puasa seribu hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari! “
Daripada Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud;
“ Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari terawal dari bulan Zulihjjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam Lailatul Qadar.”
Bahkan disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badanya iaitu dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban. Hal ini berdasarkan hadith Ummu Salamah, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud;
“ Apabila masuk hari yang kesepuluh Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, makan jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun.”
Di dalam satu riwayat;
“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu ingin berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya.”
* ini adalah hadith larangan memotong kuku dan rambut yang baru gua ketahui pada sepuluh Zulhijjah. ingatkan larangan ini hanya pada jamaah haji jer. mungkin sahabat semua telah lama mengetahui dan mengamalkannya.
Ini menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu maka Dia menerimanya.
Kesimpulannya, maksud yang paling utama dari hadith ini, kita digalakan melakukan amal yang disukai dan diredhai Allah pada hari-hari tersebut, seklipun amalan yang mudah dan tidak sulit untuk dilakukan. Sekiranya tidak mampu untuk berjihad, berpuasa atau bersedekah, janganlah pula merasa lemah untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat sunat, tasbih dan tahlil. Kadang kala amal yang sedikit dan mudah itu besar nilainya di sisi Allah dan lebih dikasihiNya.
HARI ARAFAH
Hari Arafah ialah hari para Jemaah Haji mengerjakan wuquf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji. Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencucurkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hambaNya yang berdoa dan meminta keampunan kepadaNya.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;
“ Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada Hari Arafah.”
Kerana itu kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan doa dan istigfar memohon keampunan dari Allah atas segala dosa yang kita lakukan selama ini.
Salah satu sebaik-baik doa dan ucapan Rasulullah S.A.W. dan para nabi sebelum baginda pada Hari Arafah ialah;
“ Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kekuasaan dan pujian. Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. “
Selain itu kita juga disunatkan berpuasa pada Hari Arafah kerana Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud;
“Puasa pada Hari Asyura akan mengkafarahlan dosa setahun ( sebelumnya ). Manakala pada Hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang.”
Sebagaimana yang disebut di dalam hadith bahawa Rasulullah S.A.W. berdoa pada petang Hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah mengqabulkan doakan , Baginda S.A.W. tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menaburkan ke atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda S.A.W. dimaqbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.
‘IDUL ADHA
Solat hari raya merupakan khususiat umat ini seperti solat istisqa’ ( minta hujan ) dan kusuf ( gerhana matahari ). Di antara dua solat hari raya, solat ‘Idul Adha adalah lebih afdal daripada solat ‘Idul Fitri kerana terdapat nas dari al Quran yang menyebut mengenainya sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
“Oleh itu, kerjakanlah solat ( ‘Idul Ahda ) kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban ( sebagai bersyukur ).”
Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada ‘Idul Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbankan harta iaitu melakukan korban.
Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkan bagi orang yang berkemampuan.
Rasulullah S.A.W. sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban sebagaiman sabdanya yang bermaksud;
“Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir/datang ke tempat solat kami!”
Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya/keluarganya pada titik pertama darah sembelihan korbannya. Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya akan dibangkitkan pada Hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.
'Idul Adha adalah “Idul Akbar ( RAYA TERBESAR ) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari yang sebelumnya iaitu Hari Arafah. Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada Hari Arafah sepertimana yang telah disebut dalam hadith. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokkannya adalah hari raya baginya dan sekiranya tidak, maka dia berada jauh dari rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.
Para sobat yang dikasihi semua, memandangkan betapa besar dan mulianya hari-hari yang terdapat dalam bulan Zulhijjah ini, maka seharusnya kita membesar dan memuliakannya dengan merebut peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin dengan melakukan pelbagai amalan soleh seperti mana yang telah dijelaskan bahawa amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tersebut adalah lebih afdhal daripada berjihad pada jalan Allah. Adalah tidak sepatutnya sebagai seorang muslim yang berakal dan menjadikan akhirat sebagai matlamat hidup, menyambut hari yang penuh dengan kemuliaan ini dengan perkara-perkara maksiat, keduniaan atau ambil tak kisah! " Ah, raya haji.. apa sangat la! " Itu la dalam kebanyakan kepala hotak kita sekarang ini.
'Idul Adha mempunyai kelebihan, kebesaran dan kemuliaan yang jelas antaranya;
Kita boleh bertakbir sepuasnya bermula pada 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah ( hari Tasyrik ). Siapa yang tak puas bertakbir pada hari raya ‘Idul Fitri yang lalu, inilah masanya nak betakbir sepuas-puasnya!
Terdapatnya nas dalam al Quran yang menyebut akan ibadah solat sunat ‘Idul Adha. Sedangkan solat sunat ‘Idul Fitri tidak tedapat nas dalam al Quran, hanya dari hadith/amalan Rasululah S.A.W.
Adanya Hari Tasyriq
Selamat merebut peluang melakukan sebanyaknya amal soleh di dalam bulan Zulhijjah. Selamat melakukan ibadah korban dan selamat merayakan Hari Raya ‘Idul Adha pada semua. Moga kitatergolong di kalangan hambaNya yang dikurniakan maghrifah dan rahmah. Beruntunglah pada sahabat yang telah mengetahui akan hadith, kemuliaan, kelebihan dan kemuliaan sepuluh Zulhijjah dan beramal dengannya. Tak lupa, selamat makan daging kambing lagi pada semua hardrcore daging kambing! HEH!

tag ak nak wat...27 .11.2008  

Posted by kazars

Three Things That Scare Me:
1. lipas
2. lipan
3. kutu babi

Three People Who Make Me Laugh:
1. uztaz akhil
2. teman tapi mesra..
3. bile sesuatu nak jadik tp xjadik..

Three Things I love:
1. Diri aku
2. Orang yang ak sayang
3. Notebook

Three Things I Hate:
1. Busok...
2. Pengkhianat...
3. Orang xde maruah..

Three Things I Don't Understand:
1. bile aku tutup telinge die cakap...
2.lipas suke cari aku...
3. bile orang cakap tak serupe bikin

Three Things I'm Doing Right Now:
1. Nampak sampah
2. belek buku
3. pening kepale..
Three Things I Want To Do Before I Die:
1. huh conform nak bejaya..
2. mintk ampon banyk2
3. taubat nasuha....agaknyer..
(mudah2 mudahan dimasukkan golongan para solihin..)

Three things I can do:
1. makan!!! penting...
2.cari idea baru,....
3. cari kawn baru....

Three Ways To Describe My Personality:
1. besa...
2. sederhane tinggi gak..
3. manje sikit...
(huhu....) hahahha

Three Things I Can't Do:
1. mati hidup semule...
2. angkat bumi..hehhehe
3. panjat pokok kelape..kehkeh..


hhhehe..saje je mencube tag nih..

aktiviti pagi or tengah malam...  

Posted by kazars

ha?? tyme nak bayar pon possing baik..ades....
huhu...ni la bile lapo kesini la budak2 umah ak..termasok ak...huhu...


huhu..sempat pose dah abeh makn tyme nih..huhu...


hahhhaa..aper yang penting? kerje same..ni lah ak...tengah2 pagi ni la keje..lepak nijam makn....huhu...


kawan2 ni la si bed yang agk kelaparan masuk ni dah 2 pingn hehhehe..
pingn pertame mkn roti 2keping nah rasekan.......sampai kenyang...


ha ni lak si naim makn roti dah nak abis pon....huk2 lapo giler ye bang...keh2...


huhu..ni la cik mije havy.......huyooo...besor tu roti...
layan...

huhu...salm untuk semuanyer...sebenornyer ni pic tyme g makan malm..hehhe..dalm kol 2 pagi...
al maklomlah..waktu kelaparan...bagi setengah orang waktu 2 pagi ni tyme nyenyak tido...
ktorang lak tyme nih makan...hehhhe...besa ler tido awl orang kate tak bujang kot...
so ape agi...
jdik la bujang.......huhu..ape pon ak nak ckp yg kitorang ni suke makan tengah2 pagi or malam eah..hehhhehe..ni la tabiat ktorang...huhu...




kata-kata hikmah dari ary...  

Posted by kazars

jadilah orang yang paling bahagia...
salam buat teman...ambilah kata kata ini sebagai
sahabat anda........

1 berimanlah , kerana iman boleh menghilangkan keresahan, dan melenyapkan kegundahan.
keimanan adalah penyejuk mata orang-orang yang mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang2 yang suke beribadah...

2 apa yang telah berlalu, biarlah ianya berlalu. dan apa yang telah pergi, biarlah binasa.jangan anda fikirkan apa yang telah berlalu, kerana ia telah pergi dan lenyap.

3 redhalah dengan taqdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah dibahagi itu dengan hati yang terbuka. segala sesuatu itu sudah ada ukuranya, maka tinggalkan berkeluh-kesah.

4 ketahuilah, bahawa dengan mengingati allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. dengan mengingati allah, dzat yang maha mengetahiu segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.

5 jangan sekali-kali mengharapkan ucapan erima kasih dari orang lain. cukuplah pahala dari dzat tempat bergantung segala makhluk. anda tidak perlu takut terhadapa orang yang kufur, pendendam dan iri hati.


sekian dulu wat tambahan di hari ini...

 

Posted by kazars



Dari kiri sopi shinoda...then papa acid hoho, aku lar epy tengah2 macho tu kan.hikhik..yang belah kanan mije hayv huahuaa..yang kat depan tersenguk depan tuh naim....ni la konco2 menhiburkan hati...huahuahaua.....



ni la dak2 umah aku g chepoor....


cerite chepoor ni la kawan2 yg pegi chepoor ader lagi ,,ni tyme nak balik semapt poss aper...
aper yang menarik kitorank puas hhehhee


nak dijadikan cerite..tyme perancangan ni ak ta duge...
waktu die bermule 10 pagi dak2 umah ak nak balik ipoh dari kg..so ak pon diorg tumpangkan nek keter...
bile dah sampai ipoh sume wat dek...
der la sorang mamat ni name die ijei mimpi durian runtuk ajak ktorg g mandi...so apelagi dak2 umah pon terlompat katak ler...seronok sangat katekan...
huhu.....19.11.08 agenda pon bermule ngn soksek2 potong selua xpkai..huhu..nak wat mandi..
huhu..nak jadikn cerite masing2 belom makan sampai ipoh ni..ape ag g la bli makan kat kdai makan depan gm....soksek..sampai kul dekat kol 5 sampai ke chepor....
ape agi mau tunggu ka...
nah terjun la ke dalm sungai.....
selam lah ape yang ptt eah..
best giler.....huhu...sampai ler ke kol 6.30..ktorg pon betolak balik......
nak dijadikan sajian macm2 ader....huhu..
kalu nak tau lanjut..korank g lasendiri baru tau....hohoho...



'orang yang ajar aku ilmu blog ni serba sedikit'  

Posted by kazars

hahhaha...pe pon thnks lee..huhuaha..
die pon ader blog gak g besh maklom la org lame hukhuk..
ape yang penting' kerjasama...huhu...
mmm..kalo kenkorank nak jengok dienyer blog ni web sitenyer..
www.fadzlikhan.com..
kat situ la korang nak kenal lagi....
die agak bz skit....coz dah masok alam pkerjaan 4tyme...hukhuk...
ader brand kacau r die..hohohooho..

KASIH SAYANG ALLAH S.W.T  

Posted by kazars


Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.
Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah.
"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.

salam ukhuwah...buat semua..  

Posted by kazars


Awal bismillah mari mulakan....
percubaan pertama yang xkuduge...
harap korang jamah dengan puasnyer...
semoge gembire mentafsirnye...hehhee'