WAKTU PALING INDAHKU..

Sambungan kata-kata hikmah dari ary...  

Posted by kazars

6. Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

7. Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya, jangan terlalu cemas dengan hari esok. Kerana jika anda melakukan terbaik di hari ini, pastilah hari esok akan baik pula.

8. Bebaskan jiwa anda dari rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan dari hati anda.

9. Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

10. Buku adalah sahabat yang terbaik. Bergaullah dengan buku. Bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan ma’rifah (pengetahuan).

11. Dunia ini dibangun berdasarkan peraturan, kerana itu seharusnya anda mengatur pakaian, rumah, pejabat dan kewajipan-kewajipan anda.

12. Keluarlah dan perhatikan alam sekeliling. Perhatikan kebun-kebun yang indah, dan telitilah makhluk Allah dan keindahan ciptaan Sang Pencipta.

13. Anda harus bergerak dan berolahraga. Jauhi sifat malas dan ketidakberdayaan. Tinggalkan kekosongan dan pengguran.

14. Bacalh sejarah, fikirkanlah keajaiban-keajaibannya; renungkanlah keanehan –keanehannya; dan nikmati cerita-cerita dan khabar-khabarnya.

15. Perbaharuilah hidup anda. Jadikan hidup anda lebih bertenaga dan sesekali ubahlah kebiasaan hidup anda sehari-hari.

16. Jauhi dan kurangi makanan yang menegangkan saraf, seperti; kopi dan teh dan tinggalkanlah kebiasaan merokok.

17. Perhatikan kebersihan pakaian, keharuman tubuh dan kerapian penampilan anda. Jangan lupa selalu menggosok gigi dan memakai wangi-wangian.

18. Jangan sekali-kali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan.

19. Ingatilah, bahawa Tuhan Maha Luas keampunanNya, Maha menerima taubat dan Maha Mengampuni dosa hamba-hambanya. Dan berkenan mengganti amal buruk hambaNya dengan kebaikan.

20. Bersyukurlah kepada Tuhan atas nikmat agama, aqal, kesihatan,pakaian, pendengaran, penglihatan,rezeki, keluaraga, serta segala nikmatNya yang lain.

mukjizat azan  

Posted by kazars

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak
kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak,
hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras
dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan
diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya. 'Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang..
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan
diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan
kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka
kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang mana
sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan
dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
'Lailahaillallah..' semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin..'
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa
terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai
yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya .
Kepada saudaraku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan
yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali