WAKTU PALING INDAHKU..

Sambungan kata-kata hikmah dari ary...  

Posted by kazars

6. Apabila anda berada di pagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik di hari ini.

7. Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya, jangan terlalu cemas dengan hari esok. Kerana jika anda melakukan terbaik di hari ini, pastilah hari esok akan baik pula.

8. Bebaskan jiwa anda dari rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan dari hati anda.

9. Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

10. Buku adalah sahabat yang terbaik. Bergaullah dengan buku. Bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan ma’rifah (pengetahuan).

11. Dunia ini dibangun berdasarkan peraturan, kerana itu seharusnya anda mengatur pakaian, rumah, pejabat dan kewajipan-kewajipan anda.

12. Keluarlah dan perhatikan alam sekeliling. Perhatikan kebun-kebun yang indah, dan telitilah makhluk Allah dan keindahan ciptaan Sang Pencipta.

13. Anda harus bergerak dan berolahraga. Jauhi sifat malas dan ketidakberdayaan. Tinggalkan kekosongan dan pengguran.

14. Bacalh sejarah, fikirkanlah keajaiban-keajaibannya; renungkanlah keanehan –keanehannya; dan nikmati cerita-cerita dan khabar-khabarnya.

15. Perbaharuilah hidup anda. Jadikan hidup anda lebih bertenaga dan sesekali ubahlah kebiasaan hidup anda sehari-hari.

16. Jauhi dan kurangi makanan yang menegangkan saraf, seperti; kopi dan teh dan tinggalkanlah kebiasaan merokok.

17. Perhatikan kebersihan pakaian, keharuman tubuh dan kerapian penampilan anda. Jangan lupa selalu menggosok gigi dan memakai wangi-wangian.

18. Jangan sekali-kali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan.

19. Ingatilah, bahawa Tuhan Maha Luas keampunanNya, Maha menerima taubat dan Maha Mengampuni dosa hamba-hambanya. Dan berkenan mengganti amal buruk hambaNya dengan kebaikan.

20. Bersyukurlah kepada Tuhan atas nikmat agama, aqal, kesihatan,pakaian, pendengaran, penglihatan,rezeki, keluaraga, serta segala nikmatNya yang lain.

This entry was posted on 2:18 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments