WAKTU PALING INDAHKU..

Mulakan hari dengan Azam yang baru"  

Posted by kazars

Tetamu yang diraikan.......

Assalamualaikum..w.b.t...
Menuju tahun baru ke 2010 , pastinya setiap antara kita mempunyai matlamat dan keazaman yang ingin dicapai , samada dalam kehidupan peribadi kita sendiri dan juga dalam kerjaya kehdupan kita..




Anda sendiri bagaimana? Pada saya , berazam ini tidak semestinya terbatas hanya ketika tibanya tahun baru (pesan untuk diri sendiri ) sebaliknya kita boleh lakukan setiap hari atau setiap bulan.

Bangun saja dari tidur , sebenarnya kita dah boleh tetapkan dalam minda kita apa yang ingin disempurnakan di hari penghujung tersebut. Jangan mulakan langkah kita dengan memikirkan perkara2 negatif . Aku sendiri teruja untuk menyelesaikan harianku mengikut kemahuan dan kemampuan aku sendiri.

Untuk jangka masa panjang , sudah tentu berazam untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah. Memperbaiki ke arah yang lebih baik.

Dari segi keewangan , aku ingin memperkukuhkan dana dan berdoa agar dapat bebas dari masalah keewangan selewat-lewatnya 30 tahun. Insyaalah akan aku usahakan mengikut kemampuan kita , berdoa dan serahkan qada' dan qadar kepada yang maha esa.

anda sendiri pula bagaimana??

Salam hormat..

Kita adalah apa yang kita fikirkan dan untuk itu kita sendiri yang berhak ke atas hidup kita dan apa yang kita mahukan..

This entry was posted on 8:24 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 comments

selamat thn baru....
wahhh...
mcm2 azam eh...

haha..ofcoz ler bro..hehe