Sayu jer dengar ketika khutbah ni disampaikan oleh suara latar dari
> Oasis chnl 106 setiap pagi hari Jumaat selepas azan Subuh
> berkumandang.... hayatilah..
>
> Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
> (Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun
> 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
>
> Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak
> mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
> tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan
> sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada
> hari ini.
>
> Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
> sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai
> suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya
> yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak
> menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui
> Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan
> kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang
> melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
>
> Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia
> telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara
> besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam
> perkara-perkara kecil.
>
> Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu
> ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka
> menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk
> diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah
> wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka
> kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan
> hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan
> orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan
> zina.
>
> Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah
> Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan
> dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji
> sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara
> kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang
> lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
>
> Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
> dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh
> itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran
> selepas ketiadaanku.
>
> Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang
> selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai
> manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
> sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2
> perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya
> ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan
> Sunnahku.
>
> Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada
> orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka
> yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah
> aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
>
> p/s : Sampaikan lah walau sepotong ayat...
salam..kepada semuanya....dah lama asenye tidak menaip dalam visi blog ak neh..smpai dah tahun 2011..baru lah terasa hangatnye nak menulis kemabali blog ak neh..hayoo!!! hoho..apepun tajuk ak akn updatekn untuk 2011 .. semoge harapan ak untuk mengupdatekn blog ak neh smakin merajin..huhuhu..bukan ape..now stdy kn..macam2 hal..hehhe..nak itulah inilah yer..huhuhu....terpakselah..melibatkn diri dengn macam2 hal..anyway..nak cnteneu pengubat tajuk yg sering jadikan harian kite semua..sbagai manusia..ak pun sntiasa dlm kealpaan..sikap begini seringkali di bidaskan mana2 tempatkn..kali ini ak akn bidaskan sedikit....huhuu....
LaLai menjadi basahan kepada manusia..
Cuai menjadi watak manusia..
Lupa menjadi tabiat semulajadi manusia
Gopoh menjadi budaya mereka
Tidak hairanlah lumrah berlaku
Sepandai-pandai manusia..
Lupa berfikir lebih dahulu sebelum bertindak
Terutama diwaktu dia marah
Dia bertindak melulu
tidak sempat berfikir, meledak sahaja..
Sudah terlajak barulah menyesal..
Jadi cerdik tidak menjamin manusia berfikir
sebelum bertindak
Pandai tidak semesti dia berfikir sebelum berbuat
Justeru itulah Islam mewajibkan mendidik nafsu
Agar dia tenang, Tindakannya tidak melulu
supaya tidak gelojoh
Sempat akal berfikirsebelum melakukan sesuatu
Tetapi manusia ghairah sangat mendidik akaL
Mendidik nafsu tidak ada dalam kurikulum pelajaran
Nafsu tidak di ambil kira
Seolah-olah nafsu tidak ada dalam diri manusia....
Apakah yang kita hendak jawab kepada Tuhan?! Apakah kita boleh berdalih besok di depan Tuhan?! Jawapan kita itu bolehkah diterima? Kita berkata: Tuhan, susahnya beragama waktu di dunia Harta terkorban, badan letih, orang menghina, kehilangan kawan! Aku tiada mampu melaksanakannya. Kalau Tuhan bertanya begini bagaimana? Bolehkah kita menjawab? Mana susah, sembahyang dengan sebelum Subuh turun ke laut menjadi nelayan? Dilambung, dihempas oleh ombak, adakalanya ditelan laut atau ditelan ikan?! Berhari-hari, bermalam-malam hingga badan berbau laut?! Orang yang buru dunia, buru nama, buru glamour, buru pangkat bukankah lebih menderita? Tidak terkorban harta?! Tidak buang masa?! Tidak orang kata?! Orang tidak menghina?! Bukan setakat itu Bukankah kerana dunia ramai kena bunuh?! Kalau yang luka, cacat, sengsara, tidak terhitung! Manusia! Kerana dunia, kerana nama, kerana glamour, kerana negara, kerana bangsa lebih sengsara! Justeru itu semua bermacam-macam usaha,bermacam-macam cara, bermacam-macam helahnya dibuat oleh manusia! Cubalah sebut di sudut-sudut yang mana amalan agama lebih menderita mengerjakannya!Dari gila dunia? Adakah lebih susah dari mendaki gunung Everest?! Adakah lebih payah dari naik ke angkasa?! Bukankah urusan agama tidak sepayah itu! Bukankah urusan agama tidak sebanyak itu terkorban masa! Bahkan tidak sebanyak itu terkorban harta! Memperjuangkan dunia lebih banyak terkorban nyawa! Dibandingkan berjuang kerana agama?! Bolehkah ditolak atau dinafikan ini semua?! Kalau setakat itu pun pertanyaan Tuhan sudah cukup membungkamkan mulut yang kena tanya, Kelu lidah hendak menjawab, patah lidah hendak berhujah Terhadap agama mahu berhelah?! Dengan agama seribu dalih?! Apakah bila hendak mengamalkan Islam hendak cari jalan keluar?! Apakah bila diajak kepada Islam, macam-macam alasan untuk meninggalkannya?! Terhadap kepentingan dunia, masya-Allah! Tidak ada dalih, tidak ada alasan, tidak ada helah, semuanya o.k. Mati pun tidak apa
1. Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu durhakai. (HR. Aththusi)
Tetamu yang diraikan.......
Anda sendiri bagaimana? Pada saya , berazam ini tidak semestinya terbatas hanya ketika tibanya tahun baru (pesan untuk diri sendiri ) sebaliknya kita boleh lakukan setiap hari atau setiap bulan.
Bangun saja dari tidur , sebenarnya kita dah boleh tetapkan dalam minda kita apa yang ingin disempurnakan di hari penghujung tersebut. Jangan mulakan langkah kita dengan memikirkan perkara2 negatif . Aku sendiri teruja untuk menyelesaikan harianku mengikut kemahuan dan kemampuan aku sendiri.
Untuk jangka masa panjang , sudah tentu berazam untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah. Memperbaiki ke arah yang lebih baik.
Dari segi keewangan , aku ingin memperkukuhkan dana dan berdoa agar dapat bebas dari masalah keewangan selewat-lewatnya 30 tahun. Insyaalah akan aku usahakan mengikut kemampuan kita , berdoa dan serahkan qada' dan qadar kepada yang maha esa.
anda sendiri pula bagaimana??
Salam hormat..
Kita adalah apa yang kita fikirkan dan untuk itu kita sendiri yang berhak ke atas hidup kita dan apa yang kita mahukan..
”Jangan guna tasbih, tasbih tu bid’aah? Pakcik tak boleh guna” kata seorang pemuda dengan keras dan lantang kepada pakcik imam sebuah surau kampung. Pakcik imam menjawab sambil tersenyum, ”Takpe, saje je nak guna tasbih ni, biasanya pakcik guna jari”.
Begitulah gambaran satu senario yang mungkin berlaku dalam masyarakat kita. Tulisan ini tidak mahu membincangkan soal cara dan uslub pemuda tersebut menegur pakcik imam tadi. Situasi di atas agak keras, kasar dan tidak sesuai. Agak keterlaluan jika terus membidas seseorang dengan kata-kata bid’ah. Jika ingin menegur ada cara dan uslub yang lebih baik. Tulisan sederhana ini hanya ingin mengenengahkan isu penggunaan tasbih dan jari dalam zikir, antara kedua-dua cara manakah yang lebih baik? Alat tasbih di sebut subhah dalam bahasa Arab dan dikenali dengan nama tasbih dalam masyarakat Melayu. Ada segelintir orang memang suka menggunakan tasbih, sehingga setiap masa dalam poket baju melayunya ada tasbih. Manakala segelintir lagi, langsung tidak suka menggunakan tasbih, bahkan dia mampu juga berzikir. Zaman sekarang sebagai ganti kepada rantai, muncul rekaan terbaru sejenis alat yang diperbuat daripada besi mengandungi nombor, orang yang berzikir hanya memetik dengan ibu jari atas butang yang disediakan mengikut bilangan yang dikehendaki. Tetapi, antara penggunaan jari dan alat-alatan seperti itu yang manakah lebih baik?. Guna rantai tasbih atau guna jari? Walaupun tujuan kedua-duanya adala sama, iaitu untuk membilang zikir yang dibaca, tapi ia tetap ada perbezaan.
Sebenarnya ramai cendekiawan Islam yang menulis berkenaan hukum atau sejarah penggunaan rantai tasbih. Mungkin yang terawal ialah Imam al-Suyuti (wafat 911H) dalam tulisan beliau yang bertajuk ”al-Minhah fi al-subhah”. Kemudian diikuti oleh muridnya Ibn Tulun (wafat 953H) dengan nama ”al-Mulihhah fi ma warada fi asl al-subhah”. Selepas itu, muncul al-Sheikh Abd al-Hayy al-Laknawi (wafat 1304H) yang mengarangkan kitab ”Nuzhat al-Fikr fi subhat al-zikr”. Beliau hanya menyebut riwayat dan hukumnya. Namun kesemua karangan tersebut cenderung kepada pensyariatan menggunakan alat tasbih itu. Satu karya semasa yang menarik minat penulis ialah ”al-Subhah tarikhuha wa hukmuha” karangan al-Sheikh Bakr Abu Zayd. Beliau mengkaji sejarah kewujudan penggunaan tasbih dalam peribadatan umat-umat lain seperti Budha, Hindu dan Nasrani serta bagaimanakah kemasukannya dalam Islam melalui puak Rafidah, dan ahli sufi. Menurut beliau, dalam sejarah orang Arab sebenarnya mereka tidak pernah mengenali nama ’al-subhah’. Penggunaan tasbih adalah tashabbuh (meniru) cara puak-puak agama lain sedangkan sunnah mengajar kita menggunakan jari.
Berzikir menggunakan jari adalah satu sunnah dalam Islam sama ada jari kanan atau kiri. Ini adalah amalan turun temurun di kalangan orang-orang Islam. Selepas zaman sahabat dan zaman awal tabi’in baru masuk penggunaan zikir dengan biji atau batu yang disusun dengan benang. Kemudian ia dikenali dengan nama al-subhah dan menjadi lambang gerakan sufi yang melampau atau rafidah. Lebih teruk lagi, ada yang mendakwa elok digantung pada leher dan menjadi lambang para malaikat.
Hal yang perlu diketahui ramai ialah, sabit dalam sunnah sama ada secara qawli, fi’li atau taqriri bahawa yang diajar ialah mengira zikir dengan menggunakan jari. Cara inilah yang dilakukan zaman berzaman. Ia membuktikan bahawa Islam ini mudah dan hukum-hukumnya berada dalam lingkungan kemampuan umat Islam. Namun, apakah penggunaan alat tasbih yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita itu salah dan terus boleh dilabelkan sebagai bid’ah? Tidak sesekali perlu dilabelkan seperti itu, bahkan ini mungkin akan mengundang perbalahan dan pertelingkahan dalam masyarakat.
Dari segi sejarahnya, Rasulullah s.a.w. mengajar umat Islam membilang zikir dengan jari jemari. Tiada satu hadis sahih yang diriwayatkan tentang zikir menggunakan batu atau biji-bijian. Kebanyakan hadis yang disebut adalah hadis yang lemah. Selepas itu muncul alat subhah atau rantai tasbih. Sumber-sumber sejarah menyatakan bahawa subhah ini adalah benda baru yang dimasukkan dalam agama Islam. Ada pendapat mengatakan bahawa ia mula dikenali sejak 800M. Ia adalah antara cara peribadatan kalangan penganut budha, hindu dan lain-lain. Banyak sumber-sumber sejarah yang dikemukakan oleh Syeikh Bakr Abu Zayd r.h antaranya ialah al-mawsu’ah al-arabiyyah al-muyassarah, dairah al-ma’arif al-Islamiyyah dan fatawa Rashid Rida.
Maka, ditegaskan bahawa rantai tasbih atau biji tasbih yang digunakan untuk membilang tasbih atau zikir yang dilakukan oleh seseorang tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan pada zaman sahabat ataupun tabi’in rantai tasbih ini masih tidak digunakan. Oleh kerana itu, sesetengah pakar sejarah berpendapat ia mula dikenali dalam masyarakat Islam apabila dibawa masuk oleh masyarakat non muslim. Justeru, sebahagian ulama mengkategorikan ia sebagai bid’ah. Dalam Islam, semenjak zaman para al-salaf al-soleh, mereka membilang bilangan tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan jari jemari. Ada riwayat yang mengatakan sebahagian al-salaf membilang tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan batu-batu kecil. (Al-Sharbasi, Yas’alunaka fi al-Din wa al-Hayah 6/477). Namun riwayat-riwayat tersebut dihukumkan lemah oleh ulama. (Bakr Abu Zayd, al-Subhah 7-16).
Justeru, kesimpulan yang saya boleh buat di sini, tidak perlulah dilabelkan seseorang pembawa bid’ah sekiranya niat dan tujuan ia menggunakan alat tasbih adalah hanya untuk membilang zikirnya. Sheikh Uthaimin dan al-Sharbasi ada menegaskan sekiranya seseorang mempunyai niat ikhlas menggunakan rantai tasbih untuk membantunya membilang jumlah tasbih dan zikir, maka ia tidak salah. Manakala jika sekiranya, seseorang menggantungkan rantai tersebut pada tengkuk dan lehernya semata-mata kerana tujuan riya’, menunjuk-nunjuk atau sebagainya, ia adalah perbuatan yang dilarang. Begitu juga sekiranya ia sentiasa memegang rantai tasbihnya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya untuk bermain-main tanpa berzikir sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang awam, maka ia wajib dihindari. InsyaAllah, mudahan-mudahan masyarakat Islam di Malaysia tidak ada yang melakukan perbuatan seperti itu.
Namun yang perlu ditekankan ialah lebih afdhal baginya menggunakan jari jemarinya sendiri. Hal ini kerana menggunakan jari adalah cara sunnah yang diajarkan Nabi s.a.w. serta ditunjukkan oleh para sahabat r.a. Tambahan pula, jari-jari yang digunakan untuk membilang zikir-zikir tersebut akan menjadi saksi untuk kita pada hari akhirat nanti. Firman Allah Taala (Yasin : 65) :
Maksudnya : “Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan”.
Sabda Nabi s.a.w kepada wanita :
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ اعْقِدْنَ بِالْأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولَاتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ
Maksudnya : “Wahai sekalian wanita, gunalah jari jemari (untuk membilang zikir) kerana sesungguhnya ia akan disoal dan berkata-kata”.
Oleh itu, untuk memperbaiki dan mencantikkan lagi zikir kita, seeloknya kita mengikut cara tunjuk ajar sunnah Nabi s.a.w. Mudah-mudahan Allah Taala menerima segala amalan dan niat ikhlas kita untuk menjadi pengikut setia Rasulullah s.a.w.
Janganlah kamu melawan hukum alam kerana huku alam ini begitu berkuasa. Namun , kuasailah ia ,alihkanlah haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu , nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi.
(Ucapan Dasar Muktamar Kelima : Majmu'ah Al-Rasail hasan al-banna)
Secebis belas kasihan di atas kesalahan mereka , secebis kemesraan hakiki terhadap mereka , secebis pemerhatian tidak secara berpura-pura terhadap perkara yang mereka hiraukan...Saat itu terserlahlah tunas yang baik di dalam jiwa mereka.........
(Lintasan Hati Keempat : Afrah Al-Ruh ; Saiyid Qutb)
intipati dari bernama...ary..
Islamic Widget
Islamic Clock
Islamic Calendar
my introduce..
Jom berhibur....n santai...
Categories
- al-kisah.. (1)
- anda bagaimana?? azam baru 2010.. (1)
- ApeR nak buat.. (1)
- awaRds.. (1)
- bacalah untuk pengEtahuann... (2)
- buletinN.. (1)
- catatan terbaruku... (1)
- info ringkas dr bernama... (2)
- info untuk smua.. (3)
- intipati kini.. (1)
- KEMULIAAN ZULHIJJAH (1)
- mencube tag... (1)
- Pembuke Selera ' (2)
- perencah hidup (1)
- Perencah hidup" (2)
- perubahan baru.. (1)
- selamat datang untukmu ramadhan... (1)
- semua itu haknya and miliknya.. (1)
- terlaksana or tak..? (1)
- tyme makan malam..... (1)
- what's that?? (1)
Ukhuwah Yang Terbine.
Search This Blog
'kita kenal erti kehidupan..."
radio.......jom2 layan...
Archives
sahabat handai..
-
-
-
-
-
-
Kembali.10 years ago
-
Kun Fa Ya Kun10 years ago
-
-
-
-
-
-
Regards12 years ago
-
-
We Moved13 years ago
-
Menyambut Kelahiran Dalam Islam13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-